Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim mengakui kadar tarif air yang terlalu rendah mungkin menjadi punca rakyat tidak menghargai sumber asas itu sehingga mengakibatkan penggunaan berlebihan.<br /><br />Menurut menterinya, Nik Nazmi Nik Ahmad penggunaan air di Malaysia dikategorikan sebagai sangat tinggi, dan sukar diubah kerana sudah menjadi tabiat masyarakat.<br /><br />Justeru, beliau tidak tidak menolak kerajaan akan mengkaji keperluan menaikkan tarif air domestik sebagai usaha menanggani isu pembaziran air.